Jumaat, 13 November 2009

Tempat Postingku...Sekolah Kebangsaan Tebok Jawa













Aku telah ditugaskan untuk berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Tebok Jawa...dimanakah sekolah ni..? tak pernah sampai pon...tak popular pon sekolah ni...sedangkan aku sendiri orang Sabak Bernam...heheheheh..

First time datang sini...memang pelik sebab sekolah ni terletak kat ceruk kampung...pelajarnya sikit jer...182 orang pelajar je... siket kan...guru pulak 18 orang jer...
aku melapor diri di pejabat..berjumpa dengan GPK pentadbiran.. cikgu Mustafa Kamal Mohd Hilal.. seorang yang baik dan terlebih-lebih ramah. hahahahah untuk minggu pertama ni aku diarahkan untuk menjalankan Minggu orientasi Sekolah.. Aku perlu membiasakan diri kat sekolah ni....jadi aku mula laa melawat sekitar sekolah ni... emmmm cantik jugak persekitaran sekolah ni.... apa pun jom ikut aku ...kita layan apa yang ada di sekitar Sekolah Kebangsaan Tebok Jawa ni...jom...










ha... ini adalah taman herba.. dan aku difahamkan taman herba ni menang peringkat Daerah Sabak Bernam maa...









ha... yang ni pulak Surau Sekolah namanya Surau Al-Hidayah... memang cantik surau ni.. sangat selesa.. banyak kemudahan.. tapi yang sedihnya bilik j-QAF pon tumpang dalam surau..em xpelaa... takda budget lagi heheheh









Ini pula kantin sekolah... memang besar dan bersih.. apapun sekolah ni memang amat mementingkan kebersihan







ok... ini padang tempat pelajar-pelajar melakukan aktiviti riadah...suasana persekitaran kampung memang amat menenangkan jiwa....











ha.. ni lagi satu..sekolah aku ini dilengkapi dengan Bilik Akses yang dilengkapi dengan komputer-komputer untuk kegunaan pelajar-pelajar sekolah ini...





Banyak lagi keistimewaan yang aku nak kongsi pasal tempat posting aku ni.. nanti aku publish lagi... apapun sekolah ni memang best!!! dan aku harap aku dapat menyesuaikan diri dan dapat berbakti untuk sekolah ni sedaya yang aku mampu ameen............

4 ulasan:

  1. Fulamak ustad Cerita pasal sekolah la pulak. Saya sebagai murid sekolah ucapkan terima kasih.

    BalasPadam
  2. Waahhh..baru ku jumpa blog kamu...ceritalah lagi. Sejak dua menjak ni..ramai dah cikgu2 SKTJ berblog..syabas. Penangan LADAP di KKSB..

    BalasPadam
  3. Ustad bila lawan nasyid.Nanti kalau dah tahu bagitahu saya.Ustad doakanlah kami dapat first place.

    BalasPadam